Pages

Tuesday, February 8, 2011

Feeling pregnant

"Eh, mengandung kot..." Hmm. Aku rasa pasti wanita yang sudah mendirikan rumahtangga & kepingin anak pernah terdetik perasaan 'mengandung-kot'. Bila dah terdetik perasaan, mula lah mengharap pada bulan itu our best friend, cik P yakni haid (menstrual period) takkan kunjung tiba untuk 9 bulan seterusnya. Lebih-lebih lagi bagi yang memang sedang berusaha untuk mendapatkan zuriat sendiri. Sedikit tanda (sign), mula lah feeling pregnant pun datang. Yup, I've been there, I know :).

Memang susah nak buang perasaan tu bila kita mengharap & telah berusaha.

Rasanya masa awal-awal kahwin dulu, selalu juga terdetik perasaan sedemikian. Tapi bila tahun berganti tahun, perasaan itu dah takde. Now, that I wanna start trying to conceive, perasaan itu hadir lagi.

Lately, I couldn't help but thinking that maybe (yup maybe) I'm pregnant. Aku mengandung kot... terdetik dalam hati bila tiba-tiba breast sakit semacam. Somehow, memang bulan ini breast aku sakit semacam. Tapi tak lah constantly. Aku memang ada rasa, tak tau macam mana nak describe, sore breast probably masa tengah bulan. Selalunya akan terfikir, ohhh sudah berlaku ovulation. Tapi kali ni sakit dia lain pulak, tak macam selalu. At least that's what I think.

Ya, terlalu mengharap boleh membuatkan kita rasa yang kita mengandung. Bagi aku mengikut pengalaman sendiri, memang kene elakkan perasaan feeling pregnant ni sebab nanti akan kacau kitar haid. Kitaran haid jadi panjang sebab kita buat badan kita percaya yang kita mengandung. Tapi kalau dah tak mengandung tu, setakat percaya mengandung tak memadai. Kita boleh tipu badan kita, atau lebih tepat kita boleh tipu hormon kita. However, our nature will beat that belief (of being pregnant).

So satu cara nak elakkan dok feeling pregnant ni ialah dengan mem'busy'kan diri. Tapi aku pun tak tau nak buat apa ni. Insha-Allah due period lebih kurang seminggu lagi. Aku rasa dengan menulis blog ni pun salah satu cara untuk let go the feeling. Ya, aku rasa lebih stabil (normal) sekarang :D.

Tapi kalau betul-betul mengandung, alangkah indahnya! :))

2 comments:

Irtiyah said...

Salam

Salam perkenalan. Selamat datang ke dunia blogging...

sekapal ye.. semoga awak pun dapat apa yg dihajati.. bagi Allah tiada yg mustahil.. Dialah yg menentukan impian kita tercapai. InsyaAllah.

blogger-picisan said...

tqvm irtiyah.
hanya yg sekapal memahami... (-_-)
sama2 lah kita bersabar yek.