Pages

Monday, February 7, 2011

The journey begins...

Wah, sudah lebih setahun sejak blog ini dicreate. Memang dasar blogger picisan. Kalau sejak setahun dulu aku aktif dalam dunia blog, mungkin dah dapat ribuan RM sekarang. Berangan tak sudah :P.

Ok lah, akhirnya aku mendapat insprasi untuk mula menulis. Tiba-tiba terfikir kenapa tidak menulis tentang perjalanan atau pun lebih tepat usaha untuk mendapatkan zuriat. Ya, aku sekarang sedang berusaha untuk memperoleh cahaya mata. Memang telah lama mendirikan rumah tangga tapi masih belum dikurniakan rezeki yang satu ini - anak.

So, I'm gonna write a series yang aku namakan "A Journey to Motherhood". Harap-harap, perjalanan aku ini akan sampai ke destinasinya. Insha-Allah.

Well, bercerita pasal usaha sebenarnya tak banyak aku & En. Suami buat. Apa pun yang paling asas iaitu pemeriksaan kesuburan (fertility check-up) telah kami lakukan. Alhamdulillah, kami berdua ok, tiada sebarang masalah. Mungkin belum rezeki kami.

Jadi, di dalam blog ini I wish to share pengalaman checkup termasuk HSG. Bermula bulan Januari tahun ini, aku mencuba kaedah BBT charting. Nanti I'll write about it in the series. Niat dah ada, hope I have the drive to keep on writing about the journey to motherhood...

No comments: